Thursday, November 5, 2009

Bersama Menjaga Kehormatan dan Kemuliaan Al-Qur'an


Penerbitan serta percetakan, pengedaran dan penjualan naskhah Al-Qur'an di Malaysia tertakluk kepada kelulusan Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Al-Qur'an 326.

Berdasarkan pemerhatian terdapat banyak naskhah Al-Qur'an dijual dan diedarkan di pasaran tidak mendapat kelulusan dan mengikut piawaian daripada Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Qur'an dan bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30, Kementerian Dalam Negeri.

Keadaan lebih tidak terkawal apabila terdapat naskhah-naskhah Al-Qur'an yang sudah terlalu lama dan berkeadaan usang, terkoyak dan sebagainya masih disimpan dan terus dibaca oleh umat Islam sama ada di rumah-rumah, madrasah, masjid dan sebagainya.

Sehubungan ini, keputusan 'Panel Kajian Syariah Jabatan Mufti Negeri Selangor' yang bersidang pada 3 – 4 April 2002 pula menjelaskan bahawa bagi menjaga kehormatan, kemuliaan ayat-ayat suci Al-Qur'an maka usaha untuk mengumpul, mengutip dan seterusnya melupuskan dengan cara yang dibenarkan adalah satu tindakan yang betul dan patut dipuji.

No comments:

Post a Comment