Friday, November 6, 2009

Al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani

USAHA untuk menggantikan semula setiap kitab suci Al-Qur'an yang dikutip dan dilupuskan dengan naskhah baru Al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani secara PERCUMA akan dilakukan melalui pembiayaan Skim Wakaf Al-Qur'an yang dianjurkan oleh Syarikat Percetakan Saufi dengan kerjasama pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan. Dalam erti kata lain, setiap naskhah Al-Qur'an terlupus insyaAllah akan diganti semula dengan naskhah baru.

Syarikat Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan bumiputera Islam yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Qur'an, Kementerian Dalam Negeri melalui surat kebenaran dengan rujukan: (KDN: PPQ/Q. 1001/2. 2/Q/158/2007). 

Syarikat Percetakan Saufi juga bersedia menerima dan mengambil semua Al-Qur'an lama bukan Mushaf Rasm Uthmani yang lusuh, buruk,terkoyak dan tersalah cetak,  ayat-ayat suci yang terbiar dan buku-buku teks agama usang bagi tujuan pelupusan mengikut kaedah pelupusan secara pembakaran selaras dengan keputusan ‘Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-30’ yang bersidang pada 22hb Ogos 1992.

Kitab suci Al-Qur'an Rasm Uthmani ini telah dilajnah oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Qur'an, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diurus cetak oleh Percetakan Saufi di Lubnan melalui syarikat yang berpejabat di Damsyik, Syria serta mengambil kira bahawa kerja-kerja percetakan dan kekemasan naskhah kitab suci Al-Qur'an tersebut dilaksanakan mengikut piawaian dan garis panduan syariat.

No comments:

Post a Comment